fbpx

Dua lelaki diberkas pecah apartmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barang rampasan yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah serta peralatan yang digunakan bagi melakukan jenayah terbabit

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Dua lelaki yang disyaki terlibat kes pecah rumah di sebuah apartmen di Taman Melodies, di sini ditahan polis dalam dua serbuan berasingan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dua suspek yang ditahan itu masing-masing berusia 23 dan 28 tahun.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari cawangan D4 Bahagian siasatan jenayah JBS telah membuat dua serbuan pada pukul 9 pagi di sekitar Tanjung Puteri dan Taman Setia Tropika.

“Hasil serbuan tersebut, polis berjaya menahan dua suspek lelaki tersebut dan merampas dua unit kamera ‘dash cam’, enam unit telefon bimbit dan enam buah beg tangan pelbagai jenama.

“Polis turut merampas empat keping akses kad, sebuah televisyen serta barangan kemas seperti jam tangan, cincin dan cermin mata dipercayai hasil kegiatan pecah rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Padzli berkata, polis turut menyita sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dan merampas pelbagai alat-alat yang dipercayai digunakan bagi melakukan kegiatan samun termasuk tujuh batang pemutar skru, enam batang spanar pelbagai saiz serta dua batang playar.

“Polis menyeru orang ramai yang Mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes jenayah boleh salurkan dengan menghubungi talian hotline 07-2182323,” Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI