fbpx

BTS kekal takhta Billboard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS

SELEPAS mendaki tangga pertama dalam carta Billboard Hot 100 minggu lalu menerusi single Dynamite, BTS terus mengekalkan takhta sekali gus menidakkan kemaraan Cardi B dan Megan Thee Stallion menerusi lagu WAP.

Lagu Dynamite kekal di tangga pertama sementara WAP gagal merampas tempat pertama selepas beberapa minggu mengungguli takhta carta sebelum itu.

Minggu lalu, Dynamite mencatat sejarah sebagai artis Korea pertama mendarat di tangga teratas carta single popular di Amerika Syarikat tersebut.

Bukan sahaja debut di tangga pertama, single ciptaan David Stewart dan Jessica Agombar tersebut merupakan antara single terlaris sepanjang 2020 dengan jualan tertinggi untuk minggu pertama.

Untuk rekod, artis Asia pertama yang berjaya menduduki Billboard Hot 100 ialah Kyu Sakamoto dari Jepun dengan single berjudul Sukiyaki pada Jun 1963.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI