fbpx

45 kes baharu, Kluster Benteng LD catat angka tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 45 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,628 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 44 kes adalah penularan tempatan manakala satu sahaja kes import dilaporkan.

Menurutnya, daripada 44 kes penularan tempatan, Kluster Benteng LD merekodkan angka tertinggi dengan 40 kes baharu dengan 33 daripadanya melibatkan warga asing.

“Seterusnya, sebanyak empat kes baharu dilaporkan di Kedah iaitu satu kes daripada Kluster Sungai dan dua kes daripada Kluster Telaga.

“Satu lagi kes penularan tempatan di Kedah ialah saringan bergejala di Klinik Kesihatan Simpang Kuala dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, satu kes import pula membabitkan warga Malaysia yang pulang dari Brazil.

Selain itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 24 kes pulih Covid-19 dilaporkan hari ini, sembilan kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan lima kes memerlukan bantuan pernafasan dan tiada pertambahan kes kematian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI