fbpx
Bung (dua dari kanan) menunjukkan senarai calon BN pada Majlis Pengumuman Calon BN di Kota Kinabalu hari ini. Foto: Ivan Amirul

29 calon BN di PRN Sabah muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seramai 29 calon Barisan Nasional (BN) bakal bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah muka baharu.

Jumlah berkenaan merupakan daripada 31 calon BN yang bertanding pada 26 September depan.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, semua calon yang dipilih adalah yang terbaik serta diyakini boleh memenangi kerusi di kawasan masing-masing.

Bung yang juga Pengerusi UMNO negeri menyatakan UMNO turut menampilkan dua calon wanita.

“Calon-calon ini dipilih selepas kita mengambil kira pelbagai sudut termasuklah latar belakang dan kemampuan mereka meraih kemenangan.

“95 peratus membabitkan muka baharu selain dua calon wanita,” katanya ketika Majlis Pengumuman Calon BN hari ini.

Turut hadir Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Sementara itu, Bung dalam ucapannya berkata, semua ahli UMNO diminta untuk tidak mempertikai keputusan calon yang sudah dipilih oleh pemimpin parti berkenaan.

“Saya minta maaf kepada kawan-kawan yang tidak terpilih. Menentukan agihan kerusi dan calon yang bertanding adalah perkara paling sukar dalam hidup saya,” katanya.