fbpx

Tiada lesen memandu kesalahan paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ memeriksa kadar kegelapan cermin sebuah kereta dalam Ops Fancy semalam.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Tiada lesen memandu dan tamat tempoh lesen merupakan kesalahan paling tinggi dikesan pihak berkuasa dalam Ops Fancy 2020 di Plaza Tol Lebuhraya Grand Saga Batu 9, Cheras, semalam.

Operasi bermula pukul 4 petang hingga 10 malam itu dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan disertai beberapa agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Selangor, Mohamad Hafiz Usman berkata, berdasarkan operasi sebanyak 487 saman dikeluarkan dengan 263 saman melibatkan kesalahan tamat lesen memandu di kalangan pengguna lalu lintas.

Katanya, sikap sambil lewa mereka ini boleh membahayakan nyawa sndiri dan orang lain kerana gagal memahami aspek keselamatan dan adab di jalan raya yang boleh dipelajari sekiranya mengikuti kelas memandu dan lulus peperiksaan.

“Kita turut mengesan kenderaan dan motosikal melakukan pengubahsuaian ekzos, bentuk kenderaan dan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dengan 44 saman.

“Selain itu, saman turut melibatkan tiada insurans kenderaan sebanyak 25 saman serta 155 saman atas lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menegaskan, hasil pemeriksaan terhadap 3,215 buah kenderaan awam itu turut mengeluarkan 28 notis larangan penggunaan kenderaan dan, 27 notis arah periksa kenderaan dan tujuh notis penahanan kenderaan.

Ujarnya, turut disita adalah empat buah motosikal, dua buah lori dan sebuah kereta.

“Kesemua kenderaan ini dibawa ke ibu pejabat JPJ Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Hafiz memaklumkan 11 pemandu didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing oleh AADK. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI