fbpx

Polis selesai siasat kes Mohd. Khairuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin

KUALA LUMPUR – Polis akan menyerahkan kertas siasatan berhubung kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali melanggar arahan kuarantin kepada Jabatan Peguam Negara esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, saksi terakhir bagi membantu siasatan kes sudah direkod keterangan semalam.

“Kita akan serahkan kertas siasatan itu kepada peguam negara esok bagi membolehkan mereka meniliti bukti dan kenyataan sedia ada dalam fail siasatan.

“Lebih 10 saksi sudah dirakam keterangan membantu siasatan kes ini,” katanya kepada pemberita di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkenaan kitab Injil, Abdul Hamid berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan selepas laporan polis diterima.

“Polis sudah menerima laporan, kertas siasatan juga sudah dibuka dan keterangan saksi kini dijalankan.

“Kami kini menunggu laporan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkenaan medium yang digunakan untuk menularkan video berkenaan,” ujarnya.

Pada Ogos lalu, tiga ahli DAP Sarawak membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Zawawi Salleh berhubung isu kenyataannya berkenaan kitab Injil. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI