fbpx

PDRM siasat detik sebelum Abdul Aziz terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menyiasat punca anggota tentera, Abdul Aziz Aznam bertindak terjun di Kem Majidee, Batu Pahat, Johor pada 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan itu termasuk menyiasat detik kejadian sebelum mangsa berusia 20 tahun itu terjun.

Katanya, siasatan itu dibuat bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur ugutan, tekanan serta penderaan sebelum mangsa terjun.

“Setakat ini, pihak polis telah memanggil beberapa saksi yang terdiri daripada anggota kem sama untuk membantu siasatan kes termasuk detik sebelum mangsa terjun.

“Kita rakam percakapan mereka untuk tahu adakah mangsa bertindak sedemikian kerana takut atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis serah terima tugas membabitkan pengarah dan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) daripada empat jabatan Bukit Aman di Maktab PDRM, Cheras hari ini.

Empat jabatan itu terdiri daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pengarah Pengurusan, Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik dan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan, pada 29 Ogos lalu, Abdul Aziz, 20, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem di Batu Pahat.

Mangsa yang sebelum itu dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat bagaimanapun menghembus nafas terakhir pada pukul 2.30 petang.

Abangnya, Mohamad Amirul Naim, 22, mendakwa adiknya mengadu sering menjadi mangsa buli dan ragging ketika berada di kem tentera itu.

Mangsa juga pernah mengadu kepada keluarga bahawa dia pernah ditumbuk dan mukanya digosok dengan berus besi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI