fbpx
AIDIL (tengah) mengakui aksi menentang skuad Tok Gajah di peringkat awal bakal menghangatkan saingan Piala Malaysia menerusi format kalah mati.

Kedah tak sekat hajat Aidil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bersedia menerima keputusan ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak sekiranya beliau mahu berhijrah menyertai pasukan baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Bagaimanapun, Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan, buat masa ini pengendali berusia 43 tahun itu masih kekal berkhidmat bersama skuad Helang Merah.

“Ini negara demokrasi dengan sesiapa sahaja boleh pergi ke mana-mana mereka suka. 

“Namun, selagi kontraknya belum berakhir pada penghujung musim ini, Aidil masih kekal berkhidmat untuk Helang Merah,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco hari ini.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, beliau masih belum menerima maklumat mengenai tawaran daripada pasukan-pasukan lain buat pengendali dari Singapura itu.

“Bagi saya, ini perkara biasa yang berlaku di seluruh dunia dengan para pemain dan jurulatih akan berhijrah ke pasukan-pasukan berbeza,” ujarnya.

Nama Aidil ketika ini hangat dikatakan sedang ‘dipancing’ Perak yang didakwa mahu menggantikan tempat Mehmet Durakovic ekoran kekalahan memalukan 0-7 pasukan itu kepada Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Super baru-baru ini.

Selain itu, Sanusi menjelaskan, beberapa pemain Kedah mungkin akan mencari angin baharu menyertai kelab baharu dalam keadaan pasukan ketika ini masih lagi berdepan dengan isu tunggakan gaji.

“KFA telah mengemukakan cadangan kepada para pemain untuk menstruktur semula gaji mereka baru-baru ini. 

“Mungkin ada pemain tidak dapat terima kemungkinan berlaku pengurangan gaji kerana merasakan mereka sepatutnya menerima pendapat yang lebih daripada itu,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN