fbpx

Dua termasuk jurubahasa mahkamah direman lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jurubahasa mahkamah (kanan) dan pengarah sebuah syarikat yang direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan rasuah rm8,000

SHAH ALAM – Dua individu termasuk jurubahasa mahkamah direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah bernilai RM8,000 bagi meringankan kesalahan di bawah Akta Imigresen, dua tahun lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Puan Fatina Amyra Abdul Jalil terhadap kedua-dua suspek masing lelaki dan wanita berusia 54 dan 55 tahun.

Menurut sumber, suspek wanita merupakan jurubahasa mahkamah yang bertugas di Mahkamah Majistret dan Sesyen Sepang itu ditahan selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) Selangor pukul 3.15 petang semalam.

Katanya, manakala seorang lagi yang merupakan pengarah sebuah syarikat ditahan pukul 3.53 petang di lokasi sama.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati pengarah syarikat itu memberikan wang berjumlah RM8,000 melalui pindahan wang ke dalam akaun milik jurubahasa mahkamah itu.

“Ia sebagai balasan untuk meringankan hukuman bagi kes perbicaraan yang didengar di Mahkamah Sepang melibatkan pekerja pengarah syarikat itu atas kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI