fbpx

Bomba Fighters ‘libas’ Kedah Eagles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APIT Kanan Bomba Fighters, Afiq (kanan) melakukan hadangan bagi menghalang rejaman yang dilakukan pemain Kedah Eagles, Faris Salleh pada aksi Divisyen Satu STL hari ini. - FB STL

KUALA LUMPUR – Bomba Fighters akhirnya berjaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Divisyen Satu Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) 2020 selepas menewaskan Kedah Eagles 21-19, 21-16 di Stadium Titiwangsa hari ini.

Kapten yang merangkap apit kiri Bomba Fighters, Razman Raof gembira dengan kejayaan dan percaya mereka mampu melangkah ke peringkat separuh akhir sebagai dua pasukan terbaik daripada Kumpulan B.

“Semalam perlawanan pertama kami gagal menang mungkin disebabkan kami baharu serta STL tahun ini. Alhamdulillah, hari ini rezeki kami untuk meraih kemenangan pertama.

“Kemenangan kami hari ini juga disebabkan kecemerlangan Irsyad Faiz (tekong) banyak mengutip mata melalui servisnya hari ini. Kami akan cuba sebaik mungkin esok untuk layak ke separuh akhir,” katanya selepas tamat perlawanan hari ini.

Selain libasan berbahaya Irsyad, ketajaman rejaman daripada dua apit kanan iaitu Nasyrul Izzuan dan Afiq Ramli merupakan salah satu faktor kemenangan Bomba Fighters ke atas Kedah Eagles.

Ia secara tidak langsung kembali membuka peluang Bomba Fighters untuk cuba melayakkan diri ke separuh akhir daripada Kumpulan B selepas tewas 0-2 kepada Putrajaya Cyborg pada aksi pembuka tirai Divisyen Satu STL 2020 semalam.

Sementara itu, Melaka Titans mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan A selepas mencatat kemenangan kedua dengan menewaskan MASUM-UPM Knights 2-0 hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI