fbpx

400,000 pek minuman terpakai disasarkan bina atap rumah orang asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juan (kanan) dan Thiam Wah (kiri) menunjukkan replika atap yang dibuat daripada pek minuman terpakai.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Nestle (Malaysia) Berhad bersama 99 Speedmart Sdn. Bhd. menyasarkan untuk mengumpul 400,000 pek minuman terpakai dalam projek CAREton.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia), Juan Aranols berkata,pengumpulan tersebut akan digunakan untuk membina lebih banyak atap rumah bagi orang asli.

Katanya, setakat projek yang dijalankan bermula 2012 didapati lebih 250 atap rumah berjaya dibina menerusi 95 juta pek minuman terpakai.

“Kami di Nestle sentiasa mahu membantu seberapa banyak masyarakat melalui projek yang kita jalankan.

“Oleh itu, kami berharap kerjasama di antara Nestle dengan 99 Speedmart dapat membuahkan hasil memberansangkan dalam pembinaan atas rumah bagi orang asli,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan projek CAREton bersama 99 Speedmart di ibu pejabat 99 Speedmart, di sini, hari ini.

Jelas Juan, lebih 1,000 bekas kitar semula CAREton disediakan di seluruh negara dengan 100 daripadanya diletakkan di sekitar Lembah Klang.

“Justeru, orang ramai hanya perlu membuang pek minuman terpakai ke dalam bekas kitar semula CAREton itu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan 99 Speedmart, Lee Thiam Wah menegaskan pihaknya sentiasa menyokong usaha murni itu dengan meletakkan seberapa banyak bekas kitar semula CAREton di beberapa buah premis pasar raya tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI