fbpx

UTMSPACE tawar lebih 40 kursus profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pusat Pembangunan Profesional UTMSPACE menawarkan lebih 40 kursus kemahiran sepanjang tahun bagi mengukuhkan kemahiran modal insan di negara ini di samping memenuhi kehendak industri.
Ia merangkumi kursus kemahiran dalam bidang kejuruteraan, kewangan, pengurusan, digital, kursus peningkatan diri, media dan kemahiran seni.
UTMSPACE menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, kursus yang dijalankan adalah dalam jangka waktu yang pendek, fleksibel dan mudah difahami serta boleh disertai umum pada harga yang jauh lebih murah.
Jelasnya, cara penyampaian yang berkesan disusuli dengan isi kandungan yang baik membuatkan setiap sesi kursus begitu menarik biarpun berkonsepkan webinar dan secara online.
“Kursus berbentuk teoraktikal yang dilaksanakan sangat menitik beratkan tentang perkara-perkara spesifik di dalam sesuatu bidang.
“Kursus seperti pelaksanaan dan pemantauan projek serta penyediaan tender dan sebut harga kerja bangunan adalah antara program yang terdapat di dalam bidang kejuruteraan awam dan ukur tanah,” katanya.
Kepakaran melebihi 25 tahun dalam pengendalian keperluan latihan modal insan menjadikan UTMSPACE pilihan utama bagi peserta yang memerlukan pengukuhan skil kemahiran kerja untuk peningkatan diri dan kerjaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI