fbpx

Tetamu majlis akad nikah Fatin dan Azlan dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar notis yang tular di media sosial hari ini.

SEBERANG PERAI – Tetamu yang menghadiri satu majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam di sini pada 29 Ogos lalu diminta menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Tetamu berkenaan boleh menghubungi talian 04-5397884 apabila difahamkan salah seorang tetamu majlis itu disahkan positif Covid-19.

Terdahulu paparan notis berhubung arahan berkenaan tular di media sosial hari ini apabila tetamu yang menghadiri majlis akad nikah pasangan Fatin dan Azlan tersebut diminta untuk menghubungi bilik gerakan terbabit.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Asmayani Khalib ketika dihubungi mengesahkan notis berkenaan yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah SPT.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan negeri sedang mendapatkan maklumat berhubung jumlah tetamu yang hadir.

Difahamkan salah seorang tetamu berkenaan disahkan positif Covid-19 daripada Kluster Sungai yang kini menerima rawatan di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI