fbpx

Sumareh sertai Police Tero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUMAREH (tengah) bakal menyarung jersi No. 13 di kelab baharunya, Police Tero di Thailand.

KELAB liga utama Thailand, Police Tero FC mengesahkan sudah menandatangani pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh untuk mengharungi sai­ngan liga yang akan membuka tirai pada 12 September ini.

Kehadiran Sumareh ke pasukan berpangkalan di Bangkok itu sudah dihidu minggu lalu selepas kontraknya bersama Pahang ditamatkan kerana pelanggaran kontrak yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Pahang (PNBP).

Kelab yang terkenal de­ngan gelaran Silver Dragons itu bagaimanapun mengesahkan Sumareh tidak dapat diturunkan pada aksi pertama menentang Port FC pada Ahad ini.

“Police Tero mengesahkan kami bersetuju menandatangani Sumareh bagi menguatkan pasukan mengharungi Liga Thailand musim 2020/21 yang akan bermula pada 12 September ini.

“Bagaimanapun, Sumareh tidak dapat diturunkan pada aksi menentang Port FC minggu ini kerana perlu menjalani kuarantin yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Thailand,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Sumareh yang akan memakai jersi No. 13 itu dalam satu video yang dimuat naik oleh Police Tero meluahkan keterujaannya untuk beraksi dalam kancah Liga Thailand.

“Kepada semua penyokong pasukan Police Tero, saya adalah Mohamadou Sumareh dan kita akan berjumpa tidak lama lagi di Bangkok. Terima kasih,” kata pemain berusia 26 tahun itu secara ringkas dalam video tersebut.

Penyerang kelahiran Gambia itu akan menjadi bintang Harimau Malaya ketiga yang berkelana ke Thailand selepas Dominic Tan yang turut mewakili kelab Police Tero SC dan Norshahrul Idlan Talaha (Bangkok Glass).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI