fbpx
JERMAN terpaksa berkongsi mata selepas diikat Switzerland 1-1 pada aksi di Stadium St. Jakob Park awal pagi semalam. – AFP

Low terus kempunan nikmati kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BASEL – Jerman terpaksa me­nunggu perlawanan seterusnya bagi melakar kemenangan sulung dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah apabila sekadar seri 1-1 menentang Switzerland di Stadium St. Jakob Park awal pagi semalam.

Pemain tengah, Ilkay Gundogan memastikan Jerman bermula baik apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ­ke-14, namun dipadam oleh gol pe­nyamaan Silvan Widmer pada minit ke-57.

Justeru, keputusan itu membuatkan jurulatih, Joachim Low kecewa, terutama apabila skuad kendaliannya membenarkan pasukan tuan rumah menguasai aksi separuh masa kedua.

“Kami tidak memanfaatkan peluang terhidang untuk menja­ringkan gol kedua selain benarkan Switzerland mendominasi permainan selepas waktu rehat.

“Bagaimanapun, saya fikir keputusan ini adil untuk kedua-dua pasukan. Amat menjengkelkan apabila gagal menang walaupun sudah mendahului 1-0 dalam dua perlawanan,” kata Low.

Sebelum ini, juara dunia 2014 itu turut melakar keputusan seri 1-1 menentang Sepanyol biarpun mereka sudah mendahului 1-0 pada awal perlawanan.

“Masalah adalah kami gagal untuk manfaatkan peluang terhidang,” ujar Low. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI