fbpx

Hannah Delisha sudah bertudung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH DELISHA

KUALA LUMPUR – Ruangan komen Instagram satu hantaran foto pelakon Hannah Delisha dihujani banyak ucapan tahniah dan doa apabila pelakon itu memuat naik sekeping foto dirinya bertudung.

Kira-kira 22 jam lalu, Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 23, berkongsi sekeping foto dalam Instagram dengan kapsyen ringkas: “Alhamdulillah”

Perkongsian itu mendapat ucapan tahniah dan doa daripada rakan-rakan artis seperti Nelydia Senrose, Lisa Surihani, Saharul Ridzwan dan Nadia Brian.

Tidak terkecuali, ramai netizen turut mendoakan pelakon wanita berwajah Pan-Asian itu istiqamah dengan imej baharunya.

A sight for sore eyes you are (peribahasa yang membawa maksud seseorang itu sangat cantik),” tulis Lisa dalam ruangan komen foto tersebut.

Seorang pengguna Instagram menulis: “Semoga Allah memberikan jalan taufik dan hidayah serta selalu istiqamah menuju jalan yang dirindukan syurga.”

Setakat pukul 4 petang tadi, perkongsian foto Hannah bertudung mendapat 200,000 tanda suka (like) dengan hampir 3,000 komen dalam Instagram.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan pengesahan sama ada benar pelakon kelahiran Singapura itu sudah bertudung atau sebaliknya masih belum menemui hasil kerana panggilan telefon tidak berjawab. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI