fbpx

Curi telefon bimbit, bekas sukarelawan APM didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Padah mencuri sebuah telefon bimbit di pusat kuarantin di sebuah hotel, seorang bekas sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Tawfiq Affandy Chin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shar Iman Shamsir ,33, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan Shar Iman didakwa telah mencuri sebuah telefon bimbit jenis Samsung A30 milik Supriadi Man ,21, yang merupakan warga Indonesia di dalam bilik gerakan pusat kuarantin Hotel Swiss Garden di Jalan Pudu di sini pukul 4 petang pada 4 September lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain agar tidak melakukan kesalahan sama.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia merupakan penanggung tunggal keluarga dan mempunyai anak-anak yang masih kecil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI