fbpx

Rosak patung berhala, pengerusi kuil didenda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang pengerusi kuil yang merosakkan patung berhala kerana kecewa doa tidak dimakbulkan memakan diri apabila dia didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman denda itu terhadap M. Balasubramaniam, 40, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan Balasubramanium dipenjara lima bulan lagi sekiranya gagal membayar jumlah denda itu dan tertuduh membayarnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang belum berkahwin itu didakwa telah merosakkan 13 buah patung berhala dengan niat mengaibkan agama Hindu di Kuil Sri Maha Kaliamman Veeraganapathi di Jalan Intan Batu 3  Sungai Besi, di sini pukul 8 pagi pada 15 Julai 2019.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda ada kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan kerugian bagi kesemua patung berhala yang dirosakkan tertuduh bernilai RM57,100.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd. Razif memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kesalahan yang dilakukan adalah kepentingan awam dan melibatkan rumah ibadat.

Bagaimanapun Balasubramaniam yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana menyesal dan insaf dengan perbuatannya.

“Saya mengaku merosakkan berhala itu dengan besi kerana ketika itu saya  tertekan apabila doa saya tidak dimakbulkan. Anak saudara saya meninggal dunia kerana kanser,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI