fbpx

Rambut 7 kilogram dalam perut gadis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu gumpalan rambut seberat tujuh kilogram dikeluarkan dari dalam perut seorang remaja perempuan di bandar Bokaro, negeri Jharkhand, India baru-baru ini. – Newslions/Jam Press

NEW DELHI – Sepasukan doktor terkejut menemui gumpalan rambut seberat tujuh kilogram di dalam perut seorang remaja perempuan di bandar Bokaro, negeri Jharkhand di India baru-baru ini.

Gadis yang hanya dikenali sebagai Kumari dan berumur 17 tahun itu dipercayai menghidap sindrom Rapunzel iaitu tabiat pelik memakan rambut sendiri, demikian menurut laporan portal berita Daily Star.

Kumari dipercayai makan rambut sendiri sejak 10 tahun lalu dan kira-kira tiga tahun lepas, dia pernah menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ketika itu, doktor mengesyaki ada ketumbuhan dalam perut pesakit, dipercayai tumor selepas dia menjalani pemeriksaan imbasan ultrabunyi.

Kumari akhirnya menjalani pembedahan perut selama enam jam di sebuah hospital swasta di bandar Bokaro pada 31 Ogos lalu untuk mengeluarkan ketulan besar objek asing itu.

Dr. GN Sahu yang mengetuai pembedahan tersebut mengakui berasa terkejut kerana beliau belum pernah melihat ketulan sebesar itu selama 40 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.

Kumari kini berada dalam keadaan stabil dan akan dibenarkan pulang selepas doktor ber­puas hati dengan keadaan kesihatannya.

Rambut ialah bahan bukan biodegradasi, menyebabkan ia boleh terkumpul dalam bentuk gumpalan di dalam perut selama bertahun-tahun dan mendatang­kan masalah jika dimakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI