fbpx

Malakat Mall mampu kuatkan ekosistem usahawan Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi memukul gong sebagai tanda perasmian Malakat Mall di Cyberjaya hari ini.

Oleh SUBKHI SUDARJI

CYBERJAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan penubuhan pusat beli-belah Malakat Mall sebagai satu usaha strategik bagi menguatkan ekosistem ekonomi usahawan Muslim termasuk koperasi.

Beliau berkata, pusat beli-belah yang diasaskan oleh Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) itu boleh memanfaatkan lebih enam juta ahli koperasi di seluruh negara dalam usaha menyokong produk keluaran tempatan.

“Kerjasama KoPPIM dengan Malakat Mall ini mampu mentransformasikan landskap ekosistem koperasi di mana KoPPIM ditubuhkan bertujuan untuk menjadi sumber dana kepada pelaburan strategik terhadap Malakat Mall dalam usaha untuk membangunkan ekosistem ekonomi Islam.

“Ia menyumbang keuntungan koperasi selain pembelian dan belanja koperasi. Pulangannya lebih yang kita jangka dan akhirnya duit kita sendiri dibelanja di dalam negeri, bukan dibawa ke luar negara,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Malakat Mall dan Penyerahan Bantuan Koperasi Dalam PKPP Covid-19 , hari ini.

Wan Junaidi turut memaklumkan, pihaknya telah mengambil inisiatif tambahan menerusi Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi yang dilancarkan pada 27 Mei lalu bagi memastikan momentum perniagaan usahawan mikro dan juga koperasi kembali stabil dalam jangka masa setahun.

Beliau berkata, pelan itu juga antara lain membantu usahawan terlibat mahupun koperasi memainkan peranan bagi memulihkan semula ekonomi negara pasca Covid-19.

“Jumlah peruntukan inisiatif pelan ini adalah sebanyak RM362.8 juta melibatkan 29 program merangkumi 18 program baharu dan 11 program sedia ada.

“Ia merupakan sokongan Kementerian dalam ekosistem keusahawanan negara bagi memulih operasi perniagaan yang terjejas dan seterusnya memastikan usahawan tempatan dan koperasi terus kekal berdaya saing,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI