fbpx

Honda Accord generasi baharu kuasai segmen D

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Honda Malaysia menerima lebih 920 tempahan bagi model Accord generasi ke-10 yang diperkenalkan pada Februari lalu, sekali gus membantu syarikat itu muncul selaku peneraju segmen D menerusi penguasaan 40 peratus pasaran.

Menurut satu kenyataan, Honda Malaysia mengesahkan kiriman hampir 500 unit Accord baharu kepada pelanggan.

Untuk makluman, dominasi dalam segmen D itu membabitkan tempoh separuh tahun pertama 2020 iaitu hingga bulan Jun lalu.

Berdasarkan data, jumlah tempahan paling tinggi bagi Honda Accord baharu iaitu 42 peratus datangnya daripada pelanggan di wilayah tengah.

Kelompok pembeli kedua tertinggi datangnya zon selatan negara dengan kadar 23 peratus manakala golongan pembeli di negeri-negeri utara merangkumi 19 peratus.

Honda Malaysia mengesahkan warna kereta Platinum White Pearl adalah pilihan paling popular dengan catatan 33 peratus daripada keseluruhan tempahan.

Sekadar makluman, Honda Malaysia cuma menawarkan satu pilihan enjin iaitu 1.5 liter VTEC dengan pengecas turbo. Syarikat itu mendakwa enjin baharu berkenaan adalah jauh lebih berkuasa berbanding enjin 2.4 liter sebelum ini.

Enjin bersesaran 1,498cc itu mampu mengekstrak kuasa sekuat 201PS pada 5,500rpm dengan tork puncak 260Nm, disalurkan terus ke roda depan dengan bantuan kotak gear automatik CVT.

Honda Accord ada dua varian iaitu model asas 1.5 TC berharga serendah RM178,203 dan varian tertinggi iaitu 1.5 TC-P dikenakan caj bermula pada RM187,390.

Perlu diingatkan bahawa senarai harga itu membabitkan atas jalan tanpa insurans sehingga 31 Disember ini dan tertakluk kepada perubahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI