fbpx

Dua lelaki diberkas pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENG YEOW

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

KULAI – Dua lelaki berusia ditahan selepas dipercayai terlibat dalam satu kegiatan pecah rumah di Jalan Bangau 13, Bandar Putra, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dalam serbuan pada pukul 6.50 pagi itu, kedua-dua suspek ditahan menerusi tiga serbuan dijalankan pihaknya di sekitar Kulai.

Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 27 dan 46 tahun.

“Siasatan awal dijalankan mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam jenayah pecah rumah di kawasan Bandar Putra.

“Kedua-dua suspek yang ditahan juga mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beng Yeow memberitahu, pihaknya turut merampas barang curi termasuklah tiga kamera, empat telefon pintar, lima utas jam tangan, sepasang anting-anting, dua komputer riba dan dua buah kenderaan.

Turut dirampas ialah sebuah tab, tiga buah cakera keras, dua kamus digital, satu unit portable wifi, tujuh beg dan dua set pakaian lelaki.

Tambah beliau, kedua-dua suspek kini dikenakan tahanan reman selama tujuh hari manakala kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI