fbpx

Budak tahun tiga pandu kereta ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Ibu bapa dan murid yang tular memandu sebuah kereta sudah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau bagi membantu siasatan berhubung video viral berkenaan.

Pagi tadi tular di Facebook kanak-kanak yang mengaku bersekolah di salah sebuah sekolah di Rembau dan baharu sahaja berada di darjah tiga memandu kenderaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam, pihaknya sudah berjaya mengesan kedua-dua ibu bapa murid berkenaan dan kesemua mereka kini sedang diambil keterangan.

“Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil.

“Kesemua mereka kini sudahpun berada di IPD Rembau dan diambil keterangan,” katanya, dekat sini, tadi.

Difahamkan, murid berkenaan dikesan di sekolahnya seperti tular di laman sosial.

Hari ini tular video seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk ‘Handa orang Rombau haa’.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI