fbpx

Haziq rindu ibu, ayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan akhbar 13 Ogos 2020.

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Muhammad Haziq Zikri Mohd. Zairul, 9, yang terselamat dalam kemalangan yang meragut tujuh nyawa termasuk ibu, bapa dan adiknya di Ipoh pada bulan lalu masih bersedih dengan kehilangan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan ibu saudaranya, Siti Sarah Mat Isa, 26, yang memberitahu, anak sulung dua beradik tersebut sesekali bertanya mengenai ibu, bapa dan adiknya.

“Bila dia (Muhammad Haziq) duduk seorang diri, dia pasti teringatkan arwah ibu, ayah dan adiknya.

“Kami sedih apabila dia bertanyakan mengenai arwah kedua orang tuanya. Mungkin dia rindukan mereka,” kata Siti Sarah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Badlishah di sini kelmarin.

Muhammad Haziq yang patah tangan kiri dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan dibenarkan keluar HRPB pada 16 Ogos lalu.

Kanak-kanak itu yang dijaga secara bergilir-gilir oleh Siti Sarah dan abang sulungnya, Mohd. Zahid yang menetap di daerah ini kini menjalani rawatan susulan di Hospital Kulim.

Muhammad Haziq (kiri) menunjukkan tangan kirinya yang patah kepada guru-guru yang melawatnya di Kulim kelmarin.

Dalam kemalangan pada 12 Ogos lalu, ibu bapa Muhammad Haziq iaitu Mohd. Zairul Mat Isa, 34, dan Noratiqah Abd. Hamid, 30, serta adiknya, Nur Qaseh Damia, 4, meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah tre­ler di Simpang Pulai, Ipoh.

Kemalangan itu turut mengorbankan nenek Muhammad Ha­ziq, Fatimah Mat Isa, 68, ibu dan bapa saudaranya serta seorang sepupunya berusia tiga tahun.

Selain Muhammad Haziq, dua lagi sepupunya iaitu Firash Mikael Azrie Shah, 11, dan Mohd. Shafiq Azrie shah, 16, turut terselamat.

Sementara itu, Muhammad Haziq memberitahu, dia tidak sabar untuk kembali ke sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Selama, Serdang di sini selepas lebih sebulan berehat akibat kemalangan tersebut.

“Saya rindukan kawan-kawan dan cikgu di sekolah sebab sudah lama cuti,” katanya.

Terdahulu, kanak-kanak itu menerima kunjungan daripada Penaung Pertubuhan Usahawan Kosmetik Wilayah Utara yang juga Ahli Dewan Undangan Ne­geri Bandar Baharu, Datuk Nor­sabrina Mohd. Noor.

Turut mengunjungi pelajar itu ialah guru-guru SK Jalan Selama.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI