fbpx

Pulau Pinang intai status pendahulu Liga Premier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZMI menggesa rakan-rakan sepasukannya untuk mengambil peluang memburu tiga mata apabila menentang Negeri Sembilan di Stadium Bandaraya malam esok.

KUALA LUMPUR – Kapten Pulau Pinang, Azmi Muslim menyifatkan perebutan status pendahulu Liga Premier kembali terbuka selepas Terengganu FC II keciciran tiga mata pada aksi kelima minggu lalu.

Ia membuka peluang kepada skuad Harimau Kumbang merapatkan jurang apabila menang 3-0 ke atas Kelantan pada Sabtu lalu sekali gus dibezakan dua mata untuk memintas Terengganu FC II sebagai pendahulu Liga Premier.

Justeru, Azmi menggesa rakan-rakan sepasukannya agar tidak melepaskan peluang untuk mengutip tiga mata penuh menjelang perlawanan keenam Liga Premier menentang Negeri Sembilan di Stadium Bandaraya malam esok.

“Sebenarnya semua pasukan ada peluang jika melihat kepada carta liga sekarang kerana jurang mata agak rapat. Jadi, kami tidak boleh keciciran mata jika mahu muncul sebagai dua pasukan teratas musim ini.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh terlalu selesa kerana perjalanan masih jauh dan bertemu Negeri Sembilan bukan satu perlawanan mudah. Kami perlu berwaspada dengan kemampuan mereka yang mempunyai ramai pemain berpengalaman.

“Saya harap semua pemain dapat bekerja keras di atas padang membantu dua tonggak import iaitu Casagrande dan Endrick (Dos Santos) untuk perlawanan menentang Negeri Sembilan nanti,” katanya.

Pulau Pinang yang kini menduduki tangga kedua, pastinya mahu melebarkan rekod tanpa kalah mereka selepas berjaya meraih tiga kemenangan dan dua keputusan seri daripada lima perlawanan setakat ini.

Selain skuad Harimau Kumbang, satu lagi pasukan dengan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan Liga Premier setakat ini ialah Kuala Lumpur yang akan berdepan Kelantan United malam esok. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI