fbpx

Penduduk Selangor dipelawa salur cadangan Belanjawan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Orang ramai dipelawa menyalurkan sebarang cadangan untuk input Belanjawan Selangor 2021 menerusi dalam talian di portal rasmi www.amirudinshari.com/selangor2021 bermula hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, saranan dan aspirasi rakyat di semua lapisan wajar diteliti agar denyut nadi semua pihak dapat difahami dengan jelas seterusnya diterjemahkan ke dalam polisi yang lebih pro-rakyat.

“Portal rasmi ini juga akan menyampaikan maklumat mengenai Belanjawan Selangor 2021 secara komprehensif kepada semua rakyat di luar dan di dalam Selangor.

“Inisiatif sebegini adalah penting agar rakyat terutamanya warga Selangor dapat memahami objektif penyaluran serta tunggak utama Belanjawan Selangor 2021 dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada semua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, Belanjawan Selangor 2021 akan dibentangkan pada 30 Oktober ini di Dewan Negeri Selangor bermula jam 3 petang hingga 5 petang.

Dalam perkembangan berlainan, Amirudin berkata, kerajaan negeri turut mengadakan Pertandingan Logo Belanjawan Selangor 2021 bagi mencari rekaan logo terbaik di kalangan para pereka grafik tanah air.

Ujar beliau, pertandingan itu bakal diadili oleh panel-panel hakim yang terdiri dari pakar penjenamaan, pereka grafik dan artis visual Malaysia yang tersohor.

“Pendekatan penghakiman untuk logo Belanjawan Selangor adalah berteraskan konsep dinamik dan kontemporari selari dengan objektif Belanjawan Selangor 2021.

“Pertandingan seperti ini mencerminkan prinsip kerajaan Selangor yang sentiasa bersikap inklusif dan menggalakkan penglibatan awam terutamanya minda-minda kreatif terbaik negara demi citra terbaik Belanjawan Selangor 2021 dalam bentuk visualisasi logo,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan pemenang pertama akan menerima hadiah utama yang merupakan sebuah komputer riba MacBook Pro 13’.

“Mereka yang ingin menyertai boleh melayari www.amirudinshari.com/selangor2021-pertandingan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI