fbpx

Norizam sah pemilik TRW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan burger, Norizam Tukiman (tengah) pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian pembelian penuh pemilikan saham anak syarikat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Team Red Warriors Sdn. Bhd.. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Usahawan burger, Norizam Tukiman,39, sah mengambil alih skuad bola sepak Kelantan FC selepas membeli 100 peratus saham anak syarikat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) iaitu Team Red Warriors Sdn. Bhd.

Urusan pengambil alihan itu berjaya dimeterai pihak KAFA dan Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamburger dalam Majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di Hotel Perdana di sini hari ini.

Norizam dalam ucapannya berkata, beliau berjanji akan menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain, pegawai dan staf KAFA dalam tempoh terdekat sekali gus dapat memuktamadkan isu berkaitan perlesenan The Red Warriors dalam mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Katanya, setakat ini, beliau telah berkorban dengan mengeluarkan dana sebanyak RM3 juta secara tunai dan RM3.8 juta lagi sebelum hujung tahun ini sebagai langkah awal untuk mengeluarkan pasukan The Red Warriors (TRW) daripada kemelut kewangan.

“Niat saya ikhlas dan tidak mahu melihat masalah tunggakan gaji membelenggu pasukan. Selepas ini, pemain tidak lagi perlu memikirkan soal gaji, itu tugas saya. Pemain hanya fokus dalam perlawanan.

“Pelaburan saya terhadap pasukan Kelantan amat berbaloi. Saya melihat dengan penswastaan pasukan ini, ia merupakan satu perkembangan positif buat industri bola sepak negara terutamanya buat TRW,” katanya.

Menurut Norizam, selain menyelesaikan isu gaji dan lesen, beliau juga menyasarkan untuk menjadikan pasukan Kelantan FC bernilai RM500 juta hingga RM1 bilion dan berstatus tawaran awam permulaan (IPO) dalam tempoh 10 tahun.

Beliau juga bercadang untuk memberi imbuhan pegangan pemilikan saham kepada setiap pemain TRW pada tahun depan sekiranya prestasi pasukan meningkat.

“Selain memperoleh gaji, pemain juga mempunyai pendapatan melalui pemilikan saham. Ini salah satu perkara positif yang kita dapat lihat dalam penswastaan pasukan bola sepak.

“Saya berharap pasukan bola sepak Kelantan akan menjadi lebih baik dengan penswastaan TRW,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI