fbpx

Tidak sempat agih ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Latiff (tengah) menunjukkan 30 kilogram ganja yang dirampas daripada lima sekawan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Foto oleh: SAIRIEN NAFIS

SHAH ALAM – Lima sekawan termasuk seorang anggota tentera berpangkat koperal tidak sempat mengagihkan dadah jenis ganja antara mereka apabila diberkas polis di kawasan tempat letak sebuah pasar raya di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 24 hingga 32 tahun itu ditahan pukul 4.30 petang oleh sepasukan anggota termasuk pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor.

Timbalan Ketua JSJN Selangor, Superintendan Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, tangkapan itu hasil risikan dan pemerhatian pihaknya terhadap sindiket penjualan ganja tersebut yang dipercayai bergiat aktif sejak enam bulan lalu.

Katanya, ketika ditahan dua daripada suspek sedang bungkusan ganja yang disimpan dalam dua buah kotak paip penghawa dingin.

Sementara tiga lagi termasuk anggota tentera telah berkhidmat selama 14 tahun di sebuah kem tentera di Selangor berada di dalam dua kereta jenis Perodua Myvi

“Ketika serbuan, salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri namun gagal.

“Hasil pemeriksaan menemui 30 ketulan mampat ganja yang dianggarkan seberat 30 kilogram bernilai RM75,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati dadah tersebut diperoleh dari sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Malah, difahamkan mereka juga berasal dari negeri sama di Pantai Timur tersebut.

“Tiga daripada suspek didapati positif dadah jenis Amfetamin dan Methamphetamine termasuk seorang ejen penjual kereta yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

“Manakala dua lagi termasuk anggota tentera itu didapati negatif dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau ,” katanya.

Abdul Latiff menjelaskan kesemua 30 ganja yang dirampas boleh digunakan untuk 60,000 penagih sehari dengan penggunaan 0.5 gram seorang yang dijual pada harga RM10.

“Berdasarkan nilai pasaran sekilo ganja dijual pada harga RM2,500.

“Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 28 Ogos lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI