fbpx

Lelaki maut jatuh dalam lubang lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat seorang lelaki yang maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang lif di Flat Seri Sabah hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang lif di Flat Seri Sabah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kejadian disedari oleh penduduk selepas mendapati lif berkenaan tidak berfungsi.

“Penduduk kemudiannya menghubungi pihak penyelenggara lif berkenaan selepas ia didapati tidak berfungsi kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

“Selepas 30 minit, pihak penyelenggara tiba dan membuka pintu lif berkenaan dan menemui mayat seorang lelaki di atas bumbung lif itu sebelum menghubungi pihak polis ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamed Mokhsein, pemeriksaan ke atas mayat lelaki tempatan berusia 50 tahun itu telah menemui kesan lebam di bahagian muka dipercayai akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Mayat mangsa  dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelas beliau.

Tinjauan Kosmo! ke lokasi kejadian mendapati lif di flat 17 tingkat itu  ditutup bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI