fbpx

Satu kematian baharu akibat denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Negeri Sembilan mencatatkan satu kematian baharu akibat denggi bagi minggu ke-35 menjadikan keseluruhan lapan kematian akibat denggi di negeri ini setakat 29 Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, kumulatif kes denggi di negeri ini adalah sebanyak 2,260.

Menurutnya, trend perbandingan kes denggi di negeri ini setakat 29 Ogos lalu meningkat dari minggu sebelumnya iaitu daripada 76 kes kepada 105 kes.

“Daerah Seremban kekal menjadi daerah yang mempunyai bilangan kes tertinggi berbanding dengan enam daerah lain.

“Terdapat 41 lokaliti wabak di mana 40 lokaliti di Seremban dan satu di Tampin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Veerapan berkata, aktiviti pencegahan dan kawalan telah diteruskan pada masa ini walaupun terdapat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun lalu.

“Ia termasuklah menjalankan aktiviti mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes dengan menumpukan kawasan premis kediaman dan kawasan persekitaran menerusi kaedah semburan pengasapan dan promosi kesihatan,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI