fbpx

Madu kelulut Rambai Emas jadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Khasiat madu kelulut serta pengambilannya sebagai makanan kesihatan sememangnya tidak disangkal lagi.

Pengusaha madu kelulut, Dailami Zahari berkata, madu kelulut mengandungi khasiat tiga kali ganda berbanding madu biasa walaupun sifatnya kurang pekat.

Menurutnya, sistem imun seseorang banyak bergantung kepada bagaimana individu tersebut menjaga kesihatan.

“Salah satu cara untuk meng­optimumkan kekebalan tubuh adalah dengan mengambil makanan yang merupakan sumber antioksidan dan vitamin penting.

“Hanya 30 minit selepas diambil, madu akan berada pada darah dalam tubuh kita kerana ia pantas diserap oleh badan,” katanya yang mengusahakan ternakan lebah kelulut sejak tiga tahun lalu di Kampung Rambai Tujuh dekat sini.

Dailami menunjukkan madu kelulut keluarannya yang mendapat permintaan baik termasuk daripada pembeli luar negara.

Dia yang merupakan anak kelahiran kampung tersebut kini memiliki 400 sarang kelulut yang diternak di kawasan seluas 6.07 hektar yang terletak di kawasan kebun getah dan dusun buah-buahan.

Dailami berkata, setiap sarang boleh menghasilkan antara dua hingga tiga kilogram (kg) madu asli yang dituai menggunakan alat penyedut khas tanpa me­ngusik sarang induknya.

Menerusi syarikat miliknya, Rambai Emas Enterprise, dia memasarkan sebanyak 50 kg madu kelulut asli setiap bulan kepada pelanggan termasuklah pembeli dari Singapura.

Lebih istimewa, Dailami turut mengamalkan kaedah hanya menuai madu selepas menerima tempahan daripada pelanggan bagi menjamin kesegaran dan kualiti madu kelulut keluaran syarikat.

“Selain jualan secara terus, kami turut bersedia membekalkan madu kelulut secara runcit dan borong kepada pengguna,” katanya.

Dailami ketika ini antara pe­ngusaha madu kelulut yang terbesar di negeri Perak yang bergerak secara bersendirian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI