fbpx

Lelaki Indonesia ditahan cuba sogok polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rokok seludup yang dirampas pihak polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Indonesia diberkas selepas cuba memberi rasuah kepada anggota polis dalam satu kejadian di Jalan Pantai Permai 1 di sini hari ini.

Suspek berusia 30-an itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JKJKK) Kuala Lumpur ketika membuat rondaan pada pukul 8 pagi.

Satu sumber berkata, berada dalam keadaan mencurigakan punca anggota polis menahan suspek yang memandu kereta jenis Proton Perdana itu.

Katanya, hasil pemeriksaan pihak polis menemui pelbagai jenis rokok dipercayai diseludup di dalam kereta tersebut.

“Suspek memberikan wang berjumlah RM1,000 kepada anggota polis berkenaan. Walaupun selepas diberi amaran, suspek masih berdegil untuk memberi wang tersebut.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan kerana cuba merasuah pihak berkuasa dan memiliki rokok seludup,” katanya.

Sementara itu, Ketua JPJKK Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob memuji tahap integriti ditunjukkan oleh anggota kereta peronda berkenaan selain berharap orang awam tidak memberi sogokan kepada pihak polis.

“Jangan beri rasuah kepada anggota yang sedang menjalankan tugas kerana tanpa pemberi (rasuah) tidak akan berlaku isu rasuah,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI