fbpx

Inkues Nora Anne, keterangan saksi keenam hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inkues kematian Nora Anne masuk hari kelima hari ini.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

SEREMBAN – Prosiding inkues kematian Nora Anne Quoirin pada hari kelima dimulakan dengan menyaksikan keterangan saksi keenam hari ini.

Saksi keenam yang merupakan Pengarah Bahagian DNA, Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon memulakan keterangan dalam bahasa Inggeris di hadapan Koroner, Maimoonah Aid.

Keterangan yang dirakamkan di Mahkamah Koroner Seremban itu dikendalikan oleh Pegawai Pengendali Inkues, Nurhafiza Haron.

Nora Anne, 15, anak sulung kepada tiga beradik yang juga merupakan anak istimewa, bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di sebuah resort di Pantai, Seremban pada 3 Ogos 2019.

Nora Anne kemudiannya dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemui sembilan hari selepas itu.

Laporan awal bedah siasat mendapati, kematian Nora Anne tidak mempunyai unsur jenayah dan disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.

Orang ramai boleh menyaksikan perjalanan prosiding tersebut menerusi penstriman langsung yang disediakan oleh Badan Kehakiman Malaysia melalui portal rasmi badan itu pada pautan www.kehakiman.gov.my dan media sosial rasmi di YouTube serta Facebook:The Malaysian Judiciary. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI