fbpx
SETIAP keluarga perlu merancang bilangan ahli keluarga mengikut kemampuan masing-masing. – Gambar Hiasan

Gaji RM4,000 satu anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pasangan yang tinggal dan bermastautin di ibu kota disaran agar lebih bijak dalam merancang bilangan anak bagi mengelak daripada terbeban dari segi pengurusan kewa­ngan kesan pandemik Co­vid-19.

Pakar ekonomi berpendapat, penentuan bilangan anak dalam keluarga perlu mengambil kira pendapatan isi rumah terutama bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar utama.

Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, maksimum bilangan anak adalah tiga orang bagi satu keluarga yang pendapatan isi rumah RM6,000 ke atas.

Namun katanya, mengikut statistik terkini Bank Negara Malaysia (BNM), kira-kira 40 peratus daripada 32.7 juta rakyat negara mempunyai pendapatan isi rumah sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.

“Jika mengambil kira faktor ekonomi sekarang dengan kesan penularan Covid-19, purata pendapatan ini adalah sesuai untuk memiliki seorang anak sahaja.

“Bagaimanapun, keadaan ini hanya relevan untuk jangka pendek. Kita tidak boleh melaksanakan polisi ini secara jangka panjang kerana akan memberi kesan buruk kepada negara pada masa akan datang.

“Sebagai contoh, kita akan kekurangan tenaga kerja jika polisi ini diguna pakai untuk jangka masa panjang dan negara akan berdepan satu lagi masalah yang berpanjangan jika jumlah penduduk berkurangan seperti negara Singapura,”ujarnya.

Justeru, setiap keluarga perlu memikirkan cara untuk mencari pendapatan sampingan jika merancang untuk memiliki anak yang ramai.

“Pada masa ini, peluang menjana pendapatan terlalu luas, kecanggihan teknologi masa kini harus digunakan secara maksimum dengan menceburi bidang perniagaan secara dalam talian.

“Bagi keluarga ini (merancang anak ramai), mereka tidak boleh bergantung kepada pendapatan semasa, namun perlu menggandakan usaha untuk tambah pendapatan sampingan,” jelasnya.

Bagi pakar Ekonomi Bebas, Dr. Baayah Baba, langkah merancang bilangan anak perlu kerana kos sara hidup terutama di ibu kota ketika ini sangat tinggi.

Beliau berkata, ketika ini, bilangan anak paling ideal untuk pasangan di ibu kota adalah tiga orang jika diambil kira purata pendapatan isi rumah antara RM4,000 hingga RM6,000.

“Mengambil contoh jika pendapatan RM6,000, kos penja­gaan bagi seorang anak sahaja hampir RM1,000 termasuk kos susu, lampin, dan pusat jagaan. Jika tiga orang anak kos tersebut hampir separuh daripada pendapatan isi rumah.

“Itu belum kos makan dan minum seisi keluarga, sewa rumah, minyak dan tol. Jika ke­luarga itu mengamalkan makan di luar, kos itu akan bertambah dan mungkin duit gaji tidak sempat untuk dibuat simpanan,” katanya kepada Kos­mo! baru-baru ini.

Tambah Baayah, pendapatan seisi rumah paling ideal dan selesa ketika ini untuk warga kota adalah sekitar RM8,000 sebulan dengan mengambil kira bilangan tiga orang anak.

“Namun, mereka perlu me­rancang perbelanjaan agar tidak jadi perbelajaan defisit. Sebagai contoh, amalan makan di rumah dan kurang makan di luar dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN