fbpx

Dua koperal polis diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sugumar (Kiri), Herman (Kanan)

JOHOR BAHRU – Dua anggota polis berpangkat koperal dikehendaki Polis Johor bagi membantu siasatan berhubung kes penyeludupan migran sindiket Geng Otong.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anggota polis terbabit ialah S. Sugumar, 39, dan Herman Muharam, 36.

Menurutnya, mereka diburu selepas gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada 27 Ogos lalu untuk kes pertuduhan membantu ahli kumpulan jenayah terancang itu, tiga tahun lalu.

“Sugumar beralamat terakhir di No 25, Jalan SU 21, Taman Selayang Utama, Batu Cave, Selangor.

“Manakala Herman pula beralamat di No 22, Jalan SP 1/13, Taman Subang Perdana, Shah Alam, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, kedua-dua anggota polis itu dikehendaki bagi pertuduhan mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan (Akta 574). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI