fbpx

14 kes baharu, satu kematian Kluster Tawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Satu lagi kes kematian Covid-19 melibatkan Kluster Tawar dilaporkan hari ini dengan jumlah kumulatif kes kematian di seluruh negara sebanyak 128 kes.

Pada masa sama, 14 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,354 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan adalah 151 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian tersebut membabitkan warga emas wanita berumur 80 tahun iaitu kes ke-9,174 yang disahkan meninggal dunia pada pukul 10.38 pagi hari ini.

“Wanita warganegara tersebut mempunyai latar belakang penyakit barah paru-paru dan darah tinggi serta salah satu kes positif Kluster Tawar yang dilaporkan pada 15 Ogos lepas.

“Mangsa mula mengalami gejala demam dan sakit dada sejak 6 Ogos dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu selepas didapati positif Covid-19.

“Keadaan kesihatannya merosot dengan komplikasi daripada penyakit barah, justeru memerlukan bantuan pernafasan sejak 24 Ogos lepas,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Berhubung 14 kes baharu hari ini, Noor Hisham berkata, sembilan daripadanya adalah kes penularan tempatan, manakala lima lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Menurutnya, daripada kes penularan tempatan, lima kes dalam kalangan warga Malaysia dan empat kes adalah warga asing membabitkan dua di Kedah iaitu Kluster Tawar dan Kluster Telaga serta tiga di Sabah iaitu Kluster Benteng LD, kes jangkitan pernafasan akut teruk dan saringan tahanan di penjara.

Selain itu, katanya, lima kes import pula mendapat jangkitan dari Ukraine, Pakistan, Indonesia dan Filipina serta semuanya melibatkam warga asing. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI