fbpx

109 pekerja sindiket judi online ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sahabudin (dua dari kanan) menunjukkan rampasan daripada dua sindiket judi online pada sidang akhbar di IPD Seberang Perai Selatan di Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Seramai 109 individu yang disyaki terlibat dengan dua sindiket judi online ditahan polis dalam serbuan berasingan di negeri ini pada Sabtu lalu.

Penahanan itu sekaligus melumpuhkan kedua-dua sindiket berkenaan yang dijalankan oleh pekerja warga China dan tempatan.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, menerusi serbuan di kawasan kilang perabot di Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini, pihaknya menahan 99 individu termasuk 50 lelaki dan tujuh perempuan warga China.

“Selain menahan mereka yang berusia 19 hingga 52 tahun itu, kita merampas sebanyak 97 set komputer dan 291 buah telefon bimbit yang disyaki digunakan oleh sindiket ‘calling center’ tersebut.

“Siasatan mendapati suspek yang merupakan pekerja dengan sindiket yang aktif sejak sebulan lalu itu dibayar gaji sebanyak RM3,000 sebulan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Nibong Tebal di sini sebentar tadi.

Sementara itu, beliau berkata, menerusi operasi berasingan di dua kondominium di Jelutong, George Town dekat sini, pihaknya menahan tujuh lelaki warga China dan tiga warga tempatan berusia 20 hingga 61 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan sama.

“Sebanyak 419 buah telefon bimbit dirampas bersama dua set komputer, enam buah komputer riba dan empat buah kenderaan.

“Siasatan mendapati suspek dibayar gaji sekitar RM2,500 hingga RM3,000 sebulan ketika bekerja dengan sindiket berkenaan yang beroperasi sekitar setahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama empat hari bermula kelmarin bagi siasatan lanjut mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imgigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI