fbpx

Van De Beek makin hampiri Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DE BEEK tidak diturunkan pada aksi menentang Frankfurt sekali gus menimbulkan spekulasi perpindahannya ke United.– AFP

MANCHESTER – Khabar gembira buat peminat Manchester United apabila kelab itu dilaporkan semakin hampir mendapatkan bintang Ajax, Donny Van De Beek.

Difahamkan, pemain berusia 23 tahun itu tidak berada dalam skuad Ajax ketika berdepan Eintracht Frankfurt pada aksi persahabatan, sekali gus menghangatkan lagi spekulasi tersebut.

Sebelum ini, jurulatih Ajax, Erik Ten Hag mengakui spekulasi itu timbul memandangkan kontrak Van De Beek hanya berbaki dua tahun lagi.

Bagaimanapun, United tidak berdepan tugas mudah mendapatkan pemain antarabangsa Belanda itu apabila perlu bersaing dengan gergasi La Liga, Barcelona.

Ramai berpendapat Barcelona turut berpeluang mendapatkan pemain berke­naan selepas melantik bekas pengendali Belanda, Ronald Koeman sebagai jurulatih baharu.

Meskipun belum ada sebarang perkembangan lanjut berhubung perpindahan itu, namun sumber dalaman Ajax mengakui United sedang mendahului Barcelona bagi mendapatkan Van De Beek.

Urusan United bagi mendapatkan Van De Beek juga mungkin lebih mudah memandangkan Pengarah Ajax, Edwin van der Sar merupakan bekas penjaga gol skuad The Red De­vils itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI