fbpx

Gerbang Malam bakal berwajah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (tengah) mengedarkan Jalur Gemilang kepada para peniaga pada program Ambang Merdeka anjuran Persatuan Kebajikan Usahawan Gerbang Malam di sini malam tadi.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Lokasi perniagaan Gerbang Malam yang menjadi antara tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke bandar ini bakal berwajah baharu berikutan cadangan untuk menaik taraf kawasan tersebut akan dilakukan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Peruntukan tersebut sudah diluluskan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri dan akan diberikan kepada kerajaan negeri sebelum disalurkan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selaku pengendali.

Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Mazlan Abd Rahman berkata, antara yang dicadang ialah bagi menjadikan lokasi itu sebagai kawasan perniagaan berbumbung.

Menurut beliau, proses transformasi wajah baharu Gerbang Malam itu juga amat dinanti-nantikan setelah 17 tahun lokasi itu beroperasi dan diakui sebagai tempat tumpuan orang ramai ke bandar ini.

“Kita juga akan melakukan proses penjenamaan termasuk memikirkan bentuk perniagaan yang unik bagi menarik pelancong datang ke Gerbang Malam ini.

“Begitu juga beberapa struktur jalan yang rosak akan dibaiki dan perkara ini akan kita kemukakan kepada Datuk Bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Datuk Bandar pada program Ambang Merdeka anjuran Persatuan Kebajikan Usahawan Gerbang Malam di sini malam tadi.

Kemuncak acara ialah kiraan detik 12 malam serta mengibarkan Jalur Gemilang diikuti nyanyian lagu-lagu patriotik.

Ketika ini hanya 60 daripada 128 peniaga menjalankan perniagaan secara bergilir setiap hari di Gerbang Malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI