fbpx

Dua beradik langgar perintah kuarantin ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Polis menahan dua beradik lelaki yang memakai gelang merah jambu kerana melanggar perintah kuarantin di rumah di Ambangan Heights, Amanjaya di sini pada malam semalam.

Dua remaja lelaki itu merupakan penduduk Zon Kenanga, Ambangan Heights yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran susulan wabak Covid-19 bagi Kluster Tawar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, dua lelaki yang berusia 17 dan 19 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.20 malam semalam.

“Sepasukan anggota polis yang membuat pemantauan di kawasan PKPD menahan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki berhampiran sebuah sekolah rendah di Ambangan Heights

“Semasa pemeriksaan dijalankan didapati dua lelaki tersebut memakai gelang berwarna merah jambu yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, seterusnya kedua-dua lelaki itu dibawa ke Balai Komuniti Ambangan Heights untuk tindakan lanjut kerana gagal memberikan alasan munasabah berada di luar rumah dalam kawasan jangkitan tanpa tujuan.

“Mereka hanya memberikan alasan mahu ke rumah datuk,” ujarnya.

Tambahnya, kedua-dua remaja terbabit yang melanggar syarat PKPD telah diambil keterangan dan diberikan jamin polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI