fbpx

Alteras Malaysia daki Gunung Stong sambut merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Alteras Malaysia Kelantan, Azuhan Ibrahim(kiri) menyerahkan jalur gemilang kepada ADUN Dabong, Ku Mohd Zaki Ku Hussin di stesen keretapi Dabong semalam.

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan ke-63, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Alteras Malaysia mengadakan Program Explorasi Merdeka mendaki Gunung Stong, Dabong dekat Kuala Krai bermula semalam.

Program selama dua hari itu disertai seramai 60 orang peserta yang bermula dari stesen kereta api Tumpat dan Pasir Mas dengan membawa Jalur Gemilang pada pukul 4 pagi.

Pengerusi Alteras Malaysia Kelantan, Azuhan Ibrahim berkata, kesemua peserta akan mengibarkan Jalur Gemilang sambil mendaki Gunung Stong yang diketuainya.

Beliau berkata, sebaik tiba di Stesen Keretapi Dabong, kumpulan tersebut menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Dabong, Ku Mohd. Zaki Ku Hussin.

“Program ini bertujuan menzahirkan kepada negara betapa semangatnya rakyat meraikan sambutan bulan kemerdekaan.

“Apabila negara melaung merdeka, semua rakyat tidak kira kecil besar akan turut menunjukkan semangat patriotik masing-masing,” katanya ketia dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Ujarnya, Program Explorasi Merdeka itu dianjurkan setiap tahun dan sambutan pada tahun ini berbeza berikutan perlu mengikut prosedur operasi standard selain normal baharu. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI