fbpx

PSM tunggu ‘lampu hijau’ Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA pernah menjuarai kategori antara regu pada saingan Piala Raja Thai edisi 2010, 2011 dan 2013. - FB KHAIROL ZAMAN

KUALA LUMPUR – Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) percaya barisan pemain kebangsaan mampu menjelmakan keputusan positif pada saingan Kejohanan Piala Raja Thai dijangka berlangsung pada Disember depan.

Timbalan Presiden PSM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz menjelaskan, para pemain skuad kebangsaan bersemangat tinggi untuk membuktikan kejayaan mampu diraih di bumi Thailand walaupun status kejohanan itu masih belum dapat diputuskan.

Menurut Akramuddin, Persatuan Sepak Takraw Thailand cuma menunggu ‘lampu hijau’ daripada kerajaan mereka untuk meluluskan penganjuran kejohanan edisi ke-35 itu dalam situasi dunia masih lagi ‘diserang’ wabak pandemik Covid-19.

“Kami sebenarnya sudah mendapat jemputan untuk bertanding tetapi Thailand masih lagi menunggu kelulusan kerajaan tetapi pemain-pemain negara sudah bersedia untuk ke sana kalau kejohanan itu dibenarkan.

“Berdasarkan semangat ditunjukkan dalam latihan pusat sekarang, saya percaya sesuatu akan menjelma nanti kerana pemain-pemain begitu bersemangat mahu membuktikan mereka boleh membawa kejayaan buat negara.

“Kita tunggu dahulu sasaran untuk Piala Raja Thai kerana kita mahu melihat prestasi pemain-pemain (kebangsaan) dalam saingan STL (Liga Sepak Takraw Malaysia) bulan depan (18 September ini hingga 15 November depan),” katanya. 

Beliau juga menegaskan, tiada jaminan tempat dalam skuad kebangsaan buat mana-mana pemain yang menunjukkan prestasi merudum sepanjang beraksi bersama pasukan masing-masing dalam saingan STL musim ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI