fbpx

Lang Merah mudah benam PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Kedah, Tchetche (tengah) muncul wira skuad Lang Merah apabila meledak dua gol menewaskan PDRM dalam aksi Liga Super semalam. - FB FA KEDAH

KUALA LUMPUR – Kedah tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata penuh meskipun realitinya turun dengan kemelut tunggakan gaji ketika melakar kemenangan 2-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mengakui, anak-anak buahnya telah memberikan aksi terbaik walaupun sudah lima bulan gaji skuad Lang Merah tertunggak.

“Bayangkan kalau anda di tempat kami, turun dalam aksi kompetitif tanpa gaji. Jujur saya katakan bukan mudah. Pemain import pula berjauhan daripada keluarga.

“Apa yang boleh saya katakan, disebabkan moral, sikap dan komitmen pemain membuatkan kami semua bersatu padu termasuk staf kejurulatihan dan pihak di belakang tabir. Saya rasa inilah pasukan yang memiliki ramai pemain berjiwa pejuang bagi mencapai impian.

“Malam ini terbukti mereka dalam prestasi terbaik biarpun kami tiada duit di dalam bank tetapi masih memberikan segala-segalanya selama 90 minit demi memungut tiga mata,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Dalam saingan kelima Liga Super itu menyaksikan Kipre Tchetche muncul wira apabila meledak dua gol sekali gus membolehkan Kedah menduduki tangga keempat dengan tujuh mata.

Mengulas lanjut, Aidil berharap skuad Lang Merah dapat memberikan sokongan dan kepercayaan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang kini sedang berusaha melangsaikan tunggakan gaji pada minggu depan.

“Ya, saya dengar minggu depan (KFA mahu langsaikan tunggakan gaji). Mereka telah melakukan yang terbaik dan sekarang apa yang perlu kami lakukan adalah terus memandang ke hadapan.” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI