fbpx

Bersatu tidak tersasar terima ahli bukan bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah Zainudin.

KUALA LUMPUR- Dakwaan sesetengah pihak kononnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) lari daripada matlamat asal dengan membuka keahlian kepada bukan bumiputera adalah tidak tepat.

Setiausaha Agong Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Perlembagaan Bersatu sedia ada telah memperincikan perihal berkaitan Ahli Bersekutu bagi penyertaan bukan bumiputera.

“Ia (penyertaan bukan bumiputera) tertakhluk seperti dalam Fasal 7 (Keahlian), Fasal 8 (Pendaftaran Keahlian) dan Fasal 9 (Tanggungjawab dan Hak Ahli).

“Bersatu juga sentiasa mengalu-alukan hasrat mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai parti berkenaan sama ada sebagai ahli biasa ataupun ahli bersekutu,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini tadi.

Tambahnya, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga sedang mengkaji cadangan untuk menubuhkan Badan Ahli Bersekutu yang membolehkan mereka memainkan peranan lebih bermakna di dalam parti.

“Sebagai sebuah parti politik yang berpandangan jauh dan inklusif, Bersatu sentiasa mengiktiraf sumbangan serta peranan ahli bersekutu selain terus mengiktiraf penglibatan mereka,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI