fbpx
ARIANA GRANDE

Ariana Grande wanita pertama dunia cecah 200 juta pengikut Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYANYI Ariana Grande mencatat rekod sebagai wanita pertama di dunia yang berjaya mengumpul 200 juta pengikut dalam laman Instagram.

Pelantun lagu 7 Rings itu kini berada pada kedudukan ketiga paling ramai pengikut di dunia selepas akaun Instagram itu sendiri dengan 362 juta dan bintang bola sepak dunia kelab Juventus, Cristiano Ronaldo (237 juta) pengikut.

Dalam perkembangan lain, Ariana bakal mengadakan persembahan perdana secara langsung (live) pada Video Music Awards 2020 (VMA 2020) bersama Lady Gaga menerusi kolaborasi mereka, Rain On Me.

Acara tersebut akan diacarakan oleh Keke Palmer dan dijadualkan berlangsung secara atas talian pada 31 Ogos bermula pukul 8 pagi (waktu Malaysia).

“Tahniah buat kawan saya, Ariana Grande untuk 200 juta pengikut. Anda seorang ratu. Pakai mahkota itu,” ucap Gaga menerusi Instagram buat rakan duetnya itu.

Gaga dan Ariana, masing-masing merupakan artis dengan pencalonan terbanyak untuk edisi kali ini dengan sembilan pencalonan.

Selain Gaga dan Ariana, VMA 2020 akan diserikan dengan persembahan artis-artis ternama lain seperti The Weeknd, BTS, J Balvin, Doja Cat, Roddy Ricch, CNCO and Maluma. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN