fbpx

Anjing diwarnakan menyerupai harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR seekor anjing yang tular selepas diwarnakan menyerupai seekor harimau.

KUALA LUMPUR – Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) menawarkan hadiah kepada pemberi maklumat berhubung kejadian seekor anjing diwarnakan menyerupai harimau.

PHM dalam hantaran menerusi Facebooknya turut berkongsi gambar-gambar anjing berkenaan, bagaimanapun tidak dapat dipastikan kejadian tersebut berlaku di dalam negara atau sebaliknya.

“Bantu Animal Malaysia cari lokasi di mana dan milik siapa.

“Hadiah misteri menanti kepada pemberi maklumat lengkap jika di dalam negara ini,” katanya yang dimuat naik di Facebook semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Whats­App hotline Animal Malaysia di talian 011-20901097.

Setakat ini, hantaran tersebut sudah dikongsi 2,300 pengguna Facebook.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook bernama Diana Juni mengecam tindakan individu yang mewarnakan anjing itu.

“Binatang pun hendak dijadikan hiburan, kesian anjing itu.

“Harap pihak berwajib dapat mengesan dan ambil tindakan terhadap pelaku,” ujarnya.

Turut berkongsi pandangan sama, Hidayah Nhaz yang berkata, dia bimbang sekiranya orang awam membuat andaian anjing itu harimau sebenar dan berkemungkinan ditembak.

“Kejamnya, kalau ada orang ingat anjing itu harimau, mesti haiwan itu akan ditembak mati,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI