fbpx

10 minit potong geriji besi premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba mengambil masa selama 10 minit untuk memotong pintu geriji besi sebuah premis pengangkutan yang musnah terbakar di Jelutong di sini awal pagi tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GOERGE TOWN – Pasukan bomba terpaksa mengambil masa selama 10 minit untuk memotong pintu jeriji besi sebuah premis pengangkutan yang musnah terbakar di Jelutong di sini awal pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.09 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan 80 peratus kemusnahan di bahagian bawah premis dua tingkat berkenaan termasuk sebuah lori lima tan.

“Kita terpaksa mengambil masa kira-kira selama 10 minit untuk kerja-kerja memotong pintu jeriji besi premis dengan peralatan khas untuk menjalankan operasi pemadaman.

“Tiada kakitangan atau mangsa terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut dan siasatan mengenai punca sebenar serta kerugian yang dialami sedang dijalankan oleh Unit Forensik Bomba,” katanya.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI