fbpx

Tujuh mangsa letupan di Beirut masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat Lebanon mencari mangsa bawah sisa runtuhan di kejiranan Gemayzeh pada 6 Ogos lalu. - AFP

BEIRUT- Tentera Lebanon mengesahkan masih ada tujuh lagi individu termasuk tiga rakyat tempatan masih hilang selepas kejadian letupan berganda di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu.

Letupan itu meranapkan hampir separuh ibu kota Lebanon, Beirut dan mengorbankan sekurang-kurangnya 188 orang.

“Operasi mencari dan menyelamat tidak akan dihentikan sehingga mereka yang hilang ditemui,” kata jurucakap tentera, Elias Aad pada sidang akhbar sebentar tadi.

Beliau berkata, mereka yang hilang membabitkan masing-masing tiga rakyat Lebanon dan Syria serta seorang warga Mesir.

Jurucakap itu menyatakan jumlah mangsa hilang itu adalah berdasarkan data Tentera Keselamatan Dalam Negeri (ISF) dan Palang Merah.

Kementerian Kesihatan mengesahkan angka kematian sudah meningkat kepada 188 setakat ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI