fbpx

Suami maut, isteri cedera parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Persona yang terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa Apu Kadam di KM 16,Jalan Kota Tinggi-Kulai hari ini. Foto IHSAN POLIS

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya cedera parah selepas kereta dinaiki hilang kawalan sebelum bertembung dengan kenderaan lain dalam kemalangan berlaku di KM 16, Jalan Kota Tinggi – Kulai berhadapan Kolej Yayasan Pelajaran Johor tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihak polis menerima maklumat kemalangan maut melibatkan sebuah Proton Saga dan sebuah Proton Persona itu pada pukul 12 tengah hari.

Menurutnya, mangsa yang maut menaiki Proton Saga bernama Apu Kadam, 71, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya Jamilah Ahmad, 73 mengalami cedera parah.

“Sementara pemandu Proton Persona bernama Barka Aluwi, 72, serta isterinya yang cedera ringan dihantar ke Hospital Kulai untuk rawatan lanjut. Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Saga yang dinaiki pasangan suami isteri itu dalam perjalanan menghala ke arah Kulai.

“Sampai di lokasi kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan menurun bukit lalu terbabas ke jalan bertentangan dan dilanggar oleh Proton Persona,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, perlanggaran berlaku di bahagian hadapan sebelah kanan kedua-dua kenderaan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat.

“Kes kemalangan disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar. Orang awam dinasihati supaya lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI