fbpx

Lakar sejarah buat e-Sukan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUAZZ tidak menyangka penyertaan pertama pada Peringkat Akhir Kejohanan Dunia PES bawa tuah apabila muncul pemain keempat terbaik dunia pada bulan lalu.

Muazz muncul pemain keempat terbaik dunia Kejohanan PES 2020

PENYERTAAN kali pertama pada Peringkat Akhir Kejohanan Dunia eFootball Pro Evolution Soccer (PES) 2020 membawa tuah buat wakil negara, Ahmad Muazz Amir Rosaedi apabila berjaya mara sehingga ke separuh akhir.

Dia yang beraksi dalam kate­gori PC (Steam) berjaya melakar kejutan tersendiri untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat pemain terbaik dunia.

Muazz yang terkenal dengan jolokan Maul itu mengakui gembira dengan pencapaian terbaik yang pernah dilakar dalam kariernya sejak bergelar atlet e-Sukan meskipun berdepan kesukaran sepanjang saingan berlangsung.

“Alhamdulillah dan syukur kerana diberikan peluang beraksi di peringkat akhir dunia. Ini adalah kejohanan terbesar anjuran pembangun PES, Konami.

“Bagaimanapun, rezeki saya hanya setakat separuh akhir tetapi ia sudah cukup membuatkan saya berasa puas. Sekiranya ada peluang, saya mahu kembali lagi tahun depan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

MUAZZ mengakui masalah internet yang terputus-putus sering kali menggangu fokusnya untuk beraksi dalam permainan video.

Tambah pemuda berusia 25 tahun itu, walaupun berdepan kesukaran dari segi sambungan internet kerana beraksi menentang pemain dari benua lain, namun itu bukan penghalang buatnya menampilkan aksi berkualiti.

Kata Muazz, sambungan internet yang tidak stabil sedikit sebanyak menyebabkan dia sukar untuk melakukan hantaran serta ketika melancarkan serangan, lebih-lebih lagi ia berlaku ketika sedang beraksi di separuh akhir.

“Memang sambungan internet tidak stabil beri kesan kepada saya ketika melakukan hantaran, serangan, begitu juga ketika bertahan. Apa boleh buat, rezeki saya hanya setakat di separuh akhir,” ujarnya lagi.

Menerusi keputusan itu, Muazz membawa pulang hadiah wang tunai AS$7,500 (RM31,724) dan dia berhasrat untuk menghantar ibu bapanya menunaikan umrah menggunakan wang tersebut.

“Memang impian untuk menghantar ibu bapa saya tunaikan umrah. Setiap anak pastinya memiliki cita-cita untuk menghantar ibu bapa ke tanah suci, jadi saya harap mampu tunaikannya.

Pada masa sama, Muazz turut menyimpan hasrat untuk melancong ke England seterusnya menjejakkan kaki ke Anfield, stadium pasukan kegemarannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

“Selain menghantar ibu bapa mengerjakan umrah, saya juga memang ada impian untuk melawat Stadium Anfield serta menonton perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris di sana.

“Saya penyokong setia Liverpool sejak kecil lagi, jadi ia memang impian setiap penyokong The Reds untuk menjejakkan kaki ke Anfield,” tambah Muazz.

Peluang beraksi pada peringkat tertinggi kejohanan PES itu nyata menyuntik semangat atlet kelahiran Temerloh, Pahang tersebut untuk mempamerkan prestasi lebih baik selain mele­takkan sasaran lebih tinggi.

Meskipun sedar bukan mudah melakukannya buat kali kedua kerana pesaing di Asia Tenggara sahaja sudah cukup membuatkannya ‘berpeluh’ untuk menca­tat kemenangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI